Hari : Rabu
Masa : 7.00 pagi hingga 12.45 tgh
Tempat : Dewan Perdana, Maktab Sabah
Sasaran : Pelajar Tingkatan 5 Makmur, Aman & Kerjasama
Turut membantu : Sdr. Alvin Wilson, Tokoh Pelajar 2007
Antara tujuan perjumpaan pelajar bersama Pengetua iaitu Ybhg Puan Hajah Nuinda Haji Alias, ialah memberikan kesedaran kepada pelajar supaya membuat persiapan rapi dalam usaha mencemerlangkan diri dalam bidang akademik. Selain itu, Pengetua juga mengingatkan pelajar tentang tanggungjawab mereka sebagai seorang anak, dan khalifah di muka bumi iaitu pemimpin pada diri sendiri. Pada majlis tersebut, cenderamata juga disampaikan kepada Sdr. Alvin Wilson yang sudi membuat perkongsian bestari dengan calon SPM 2009.
Kepada Calon SPM 2009, doa kami guru-guru anda sentiasa bersama anda. Jadi sekarang terpulang pada anda untuk memilih yang mana intan yang mana kaca. 'Dayung sudah di tangan, perahu sudah di atas air, tunggu apa lagi, berkayuhlah dengan penuh semangat sehingga sampai ke destinasi yang diingini.
No comments:
Post a Comment