Jamuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) di Pan Pacific Sutera pada 30 Oktober 2009. Tahniah, atas komitmen semua atas daya usaha Presiden PRS Sdr. Asraf Rusdi & Pengarah Projek Sdri. Dyana Omar.
En. Abd. Jaid Paki (PK KoKum), menyampaikan sumbangan kepada Sdr. Afham Faiz (Ting. 3 Makmur), atas pemergian bonda tersayang ke rahmatullah. Warga Maktab Sabah, mengucapkan takziah...semoga Afham sekeluarga tabah menerima hakikat. Alfatihah untuk arwah, semoga ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman. AminSdr. Khairil (Ting. 4 Sejahtera) menerima pen drive 2G , atas hasil penulisan yang diberikan oleh Bimbingan & Kaunseling semasa kelas gantian. Hadiah disampaikan semasa P&P MP Bahasa Malaysia dan turut disaksikan oleh En. Makir Abd. Kadir.
Kesempatan ini juga, saya mengingatkan kepada pelajar-pelajar Maktab Sabah agar terus mengutamakan kecemerlangan dalam menempatkan diri bersama pelajar yang memiliki minda kelas pertama dan yang mengutamakan prestasi cemerlang dalam akademik.
SELAMAT BERCUTI....DAN KEPADA CALON SPM & STPM 2009, SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN.
SELAMAT DATANG 2010, KEPADA WARGA BARU MAKTAB SABAH IAITU...PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 1.









