Tuesday, November 17, 2009

Calon SPM & STPM 2009.

18 November adalah merupakan tarikh keramat bagi calon SPM & STPM 2009. Ini kerana pelajar akan menduduki peperiksaan demi kecemerlangan hidup dan masa depan. Ingatlah selama ini anda berjuang untuk sebuah kejayaan yang berharga bagi dihadiahkan kepada ibubapa, keluarga, guru-guru dan juga sahabat handai.
Apa yang perlu anda lakukan ialah;
1. Memastikan anda hadir sepanjang tempoh peperiksaan dengan merujuk jadual waktu peperiksaan.
2. Memasuki dewan peperiksaan dan meninggalkan dewan peperiksaan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.
3. Memastikan peralatan dan semua dokumen dibawa.
4. Membawa pakaian tambahan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan kerana faktor cuaca yang tidak menentu.
5. Menghubungi pihak sekolah atau guru-guru bagi sebarang halangan yang anda hadapi sepanjang peperiksaan.
6. Meminta ibubapa menyediakan bekalan makanan dan minuman untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.
7. Sentiasa ingatkan tips-tips persediaan peperiksaan agar sentiasa bertenang dan doa kepada Allah swt.
8. INGATLAH kami guru-guru anda & kedua-dua ibubapa anda mendoakan kejayaan dan kecemerlangan anda SEMUA.

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN.
'USAHA, DOA & TAWAKAL'

1 comment:

noraisah said...

TERIMA KASIH CIKGU...JASAMU TETAP DIKENANG...TQVM.