Friday, March 9, 2012

Tahniah, Calon STPM 2011 Maktab Sabah.




Tarikh 7 Mac 2012 (Rabu) jam 11.30 pagi keadaan Dewan agak lengang, namun setengah jam kemudian suasana telah bertukar wajah, kedengaran suara-suara keriangan dikalangan calon STPM 2011 yang berinteraksi antara satu sama lain, termasuk para pendidik yang turut sama menggamatkan keadaan tersebut.
Sebaik sahaja keputusan telah diterima, para pelajar semua diminta mengambil tempat duduk masing-masing dan penyerahan slip keputusan peperiksaan disampaikan sendiri oleh Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang Maktab Sabah kepada pelajar terbaik STPM 2011 di Maktab Sabah.
Antara nama-nama pelajar yang mencemerlangkan Maktab Sabah ialah;
1. Sarifah Sara Hasliza - PNGK 3.50
2. Rufaidah Jubidi - PNGK 3.42
3. Mohd. Fikri Sabdali - 3.34
4. Siti Syazurah Mohd Anwar - 3.25
5. Rohayu Rahman - 3.25
6. Siti Hajar Mohd Azir - 3.17
7. Mohd Izani Madri - 3.17
8. Kimberly Yapp - 3.08.

Bagi pihak warga sekolah, kami mengucapkan syabas dan tahniah dan mengharapkan kecemerlangan yang dinikmati dapat diteruskan pada pengajian di peringkat yang lebih tinggi. Harapan kami kepada calon STPM 2012, agar terus memotivasikan diri supaya lebih fokus pada pelajaran dan jadikan peristiwa yang turut disaksikan sebagai perangsang diri untuk lebih cemerlang. Insyaallah.

No comments: