Tarikh : 29 Mac 2012 (Khamis) Masa : 7.00 pagi hingga 1.00 petang
Unit Bimbingan & Kaunseling, Maktab Sabah telah mengadakan program motivasi khusus kepada calon peperiksaan PMR,SPM dan STPM 2012. Program motivasi ini telah mengundang pakar motivasi negara iaitu Ybhg Dr. Shukri Abdullah. Beberapa tips-tips kemahiran belajar telah dibincangkan bagi memastikan calon peperiksaan dapat membuat persiapan awal dengan lebih rapi dalam menghadapi peperiksaan seterusnya memperoleh keputusan yang cemerlang.
Program yang diadakan ini, diharap dapat membantu pelajar mengenali kekuatan dan kelemahan diri masing-masing dan seterusnya mencari alternatif yang sesuai. Semoga usaha yang dilakukan ini membuahkan hasil yang amat bermakna kepada pelajar. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini iaitu para pelajar yang terlibat, ibubapa yang memberi dorongan dan keizinan serta para pendidik yang turut sama hadir dalam majlis ini.

No comments:
Post a Comment