Thursday, April 5, 2012

Majlis Anugerah Cemerlang 2011


















Tarikh : 4 April 2012 (Rabu)
Perasmi : Ybhg Datuk Dayang Mahani Pg. Tun Hj. Ahmad Raffae (Ex-Collegian 1971)
Sasaran : Semua Pelajar Cemerlang kokurikulum, Peperiksaan Dalaman, Peperiksaan Awam (PMR & SPM) dan Penerima Anugerah Khas.

Majlis Anugerah Cemerlang 2011, Maktab Sabah disempurnakan perasmiannya oleh Ybhg Datuk Dayang Mahani Pg. Tun Hj. Ahmad Raffae yang merupakan bekas pelajar Maktab Sabah sekitar tahun 1965-1971. Ybhg Datuk telah menyampaikan 5 anugerah khas kepada penerima iaitu Anugerah MPS - Olahragawan Harapan (Ahmad Nasaruddin Abd.Karim), Olahragawati Harapan (Izzah Rasyidah Abd. Karim), Olahragawan (Joseph Gordon De Souza), Olahragawati (Siti Aishatun Hussin), Anugerah OSCA - Kecemerlangan Kokurikulum (Marius Manoel), Anugerah PIBG - Khidmat Cemerlang (Nabihah Nissanto), Anugerah Pengetua - Cemerlang Akademik (Mohd Khairulanwar Rizalman) dan Anugerah Pendidik - Tokoh Pelajar (Ruvina Indran).
Antara yang turut menyampaikan hadiah ialah Ybhg Datin DK. Zeliha Pg. Jalaluddin - Setiausaha OSCA - Hadiah Kecemerlangan Kokurikulum, Yg. Berusaha Puan Samsiah Almalek, Penolong Kanan Pentadbiran (Peperiksaan Dalaman Ting.1 & Ting.2), manakala Penerima Hadiah bagi Peperiksaan Dalaman (Ting.4 dan Pra U1) disampaikan oleh Ybhg Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor, YDP PIBG dan Ybhg Puan Hajah Nuinda Hj. Alias, Pengetua Cemerlang menyampaikan hadiah kepada pelajar cemerlang PMR & SPM 2011.
Akhir sekali, Maktab Sabah merakamkan penghargaan terima kasih kepada semua tetamu yang menjayakan majlis tersebut khususnya semua ibubapa pelajar yang terlibat dan pengetua-pengetua sekolah yang turut memeriahkan majlis. Demikian juga rakaman terima kasih kepada yang menjayakan majlis ini secara langsung dan sebaliknya.

1 comment:

Jay said...

Assallamuallaikum cikgu..masih kenal saya lagi ka??hehe..rindu zaman sekolah dulu...teringat masa terlibat persiapan majlis anugerah cemerlang ni..:)..