Tarikh : 9 Oktober 2012 (Selasa)
Usaha mengambil berat kebajikan pegawai merupakan salah satu bentuk sokongan moral yang dilakukan oleh pihak sekolah. Puan Samsiah Almalek (PKP), Kaunselor iaitu En. Musli Bin Andalan dan dua orang anggota kumpulan sokongan iaitu Puan Alinah Abdullah dan En. Mohd Ali Lan turut sama dalam program ini melawat rakan mereka iaitu En. Azman Tanakal yang sedang bercuti menjalani rawatan kesihatan.
Lawatan yang dilakukan ini, adalah untuk melihat perkembangan kesihatan pegawai serta mengukuhkan budaya penyayang di sekolah iaitu sikap ingin mengambil peduli. Semoga usaha yang dibuat ini, akan menggalakkan pelajar berasa berharga iaitu 'ketiadaan dicari, kehadiran berfungsi'.