Unit Bimbingan dan Kaunseling telah dipertanggungjawabkan untuk mengelolakan aktiviti Orientasi khusus kepada pelajar-pelajar Pra U1, 2013. Program ini mendapat sokongan sepenuhnya dari Guru-Guru Akademik Tingkatan Enam atau lebih mesra dipanggil pensyarah Pra U yang diketuai oleh Datin Hajah Norain Zakaria selaku Pengarah Projek. Beberapa aktiviti telah dijalankan bagi membolehkan pelajar menunjukkan daya kepimpinan serta mewujudkan hubungan mesra di kalangan pelajar dan guru. Kelihatan dalam gambar En. Syrence John Ignatius, Pen. Kanan Kokurikulum menyampaikan hadiah kepada penerima semasa majlis penangguhan program tersebut. Pelajar-pelajar Pra U1, sempat juga mengelolakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah yang turut dihadiri oleh Puan Morene Liew Yen Yen, PK Pra U dan Puan Zunaidah Zakaria , PK HEM serta beberapa orang tenaga pengajar kerana pada hari tersebut sekolah mengadakan Peperiksaan Pertengahan Tahun. Saudara Joel dan Saudari Natalia Fitri Lyla Sabardin telah dinobatkan sebagai peserta terbaik keseluruhan sepanjang program tersebut.
No comments:
Post a Comment