YB Tan Sri Pandikar Amin telah membuat lawatan mengejut ke Maktab Sabah, Kota Kinabalu. Kedatangan beliau disambut oleh Ybhg Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang bersama guru-guru penolong kanan, guru disiplin dan guru kaunseling. Perjumpaan hampir sejam itu, menjurus tentang nostalgia YB Tan Sri semasa menjadi pelajar di sekolah tersebut suatu masa dahulu. Dalam lawatan tersebut YB Tan Sri sempat meninjau beberapa buah kelas pelajar untuk melihat susun atur keadaan kelas tersebut. Harapan pihak sekolah, semoga YB Tan Sri dapat membantu dari segi pembangunan infrastruktur sekolah untuk pelajar-pelajar yang merupakan bakal pelapis kepimpinan negara menikmati kemudahan tersebut dengan baik.
No comments:
Post a Comment