Thursday, September 18, 2014

Gabungan Badan-Badan Khas.






Gabungan Badan badan Khas PRS, Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber...mengabadikan gambar kenangan sementara menunggu ketibaan pelawat ke Maktab Sabah.

Aktiviti Pembimbing Rakan Sebaya Maktab Sabah.

















Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Maktab Sabah telah menyertai program Pendidikan Alam Sekitar iaitu mengindahkan pembentungan dengan lukisan yang bertemakan 'penjimatan air'. Program ini telah berjaya mengeratkan hubungan antara PRS senior dan junior dalam menjayakan aktiviti-aktiviti sekolah. 

Mesyuarat Agung PIBG







Ybhg Datuk Jame Alip, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah telah menyempurnakan perasmian Mesyuarat Agung PIBG Maktab Sabah Kota Kinabalu. Turut hadir dalam majlis ini ialah Ybhg Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor, YDP PIBG dan Ybhg Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang Maktab Sabah. Dalam ucapannya Ybhg Datuk mengingatkan guru dan ibu bapa agar memberi penekanan kepada peningkatan prestasi pelajar melalui permuafakatan. Beliau juga turut menyentuh tentang budaya kerja 'andang-andang' iaitu yang biasa biasa sahaja perlu diubah supaya lebih luar biasa.

Motivasi Bersama MSU.





















Unit Bimbingan dan Kaunseling telah melaksanakan program motivasi khusus kepada calon SPM 2014. Program kali ini dilaksanakan dengan kerjasama Managment Sciene University (MSU). Semoga program ini memberi manfaat kepada pelajar supaya lebih berdaya saing untuk meningkatkan prestasi mereka dalam peperiksaan SPM nanti.