Wednesday, March 11, 2015

Sambutan Tahun Baharu Cina 2015
































Tarikh : 4.3.2015 (Rabu)
Masa : 10:00 hingga 12:00 tgh
Tempat: Perkarangan Letak Kereta dan Dewan Perdana.
Pengarah Projek : En. Fung Vui Fah.

Sambutan ini dirasmikan oleh seorang bekas pelajar Maktab Sabah 1960-1962. Turut hadir memeriahkan ialah Presdien OSCA Ybhg Datuk Amat Asrie Abd. Kadir dan bekas-bekas pelajar Maktab Sabah yang lain kini menganggotai OSCA. Dalam sambutan itu diserikan dengan persembahan tarian, nyanyian dalam bahasa tionghua, serta pemberian angpau dan buah limau.

Wajah-Wajah Ceria Sekitar Penyerahan Keputusan STPM dan SPM 2014














Keputusan STPM 2014 diumumkan pada 2 Mac 2015. Manakala SPM pula ia sehari selepastarikh itu. Maktab Sabah telah melakar sejarah apabila dua orang pelajar telah mengharumkan nama keluarga, guru-guru dan juga sekolah. Pelajar STPM iaitu Onell Abraham Gapitar telah diumumkan antara tempat ketiga pelajar terbaik STPM bila memperolehi PNGK 4.00. Manakala pelajar SPM 2014 iaitu Saudari Idayu Mumtaz Iskandar, telah memperolehi 9A+,2A dinobatkan pelajar kedua terbaik bagi Negeri Sabah. Semoga kejayaan yang dilakarkan ini akan menyuntik semangat dan minat belajar pelajar terutama bagi calon SPM dan STPM 2015.

Bai'ah Calon SPM 2015












Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Maktab Sabah Kota Kinabalu telah melaksanakan Program Bai'ah kepada calon SPM 2015. Dalam program tersebut, diselitkan perkongsian bijak dari pelajar terbaik SPM 2014 Saudari Idayu Mumtaz Iskandar yang memperolehi 9A+, 2A. Turut sama juga berkongsi tentang kaedah belajar ialah Saudara O'nell Abraham Gapitar, pelajar terbaik STPM 2014 yang memperolehi PNGK4.00. Program Bai'ah dilaksanakan pada ketetapan berikut;
Tarikh : 6 Mac 2015 (Jumaat)
Masa : 7:40 pagi hingga 9:00 pagi
Tempat : Dewan Perdana, Maktab Sabah.

Program ini turut dihadiri oleh Guru-guru Penolong Kanan, Ketua Bidang dan guru-guru kelas serta guru mata pelajaran. Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang dalam ucapannya menekankan kepada calon SPM supaya belajar bersungguh-sungguh bagi mendapatkan keputusan yang membanggakan calon tersebut termasuk ibubapa, guru-guru dan sekolah. Ikrar Bai'ah diketuai oleh Saudari Danish Szhazrein Kaslan,pelajar Tingkatan 5 Mutiara.
Adalah menjadi harapan, semoga program yang dilaksanakan mampu memberi impak maksimum kepada pelajar untuk mencapai kejayaan.