Tuesday, March 15, 2016

Kejohanan Olahraga Antara Rumah SUKAN 2016.
































Kejohanan olahraga antara rumah-rumah sukan yang melibatkan 4 buah rumah sukan yang bertanding iaitu SABAH, Gaya, Chater dan Colony. Dalam kejohanan ini Rumah Sukan SABAH mendapat Naib Johan menewaskan Rumah Sukan Charter dan Rumah Sukan Gaya. Johan dalam acara ini dimenangi oleh Rumah Sukan Colony yang berbeza dengan 1 pingat emas. Walaubagaimanapun Rumah Sukan SABAH berjaya melahirkan atlet Olahragawan Lelaki A , Olahragawan Lelaki B dan Olahragawati Perempuan C.

Pengumumuan Peperiksaan SPM 2015











Syabas dan tahniah diucapkan kepada anak-anak murid Maktab Sabah yang lulus cemerlang dalam peperiksaan SPM 2015. Maktab Sabah berjaya melahirkan 1 orang calon yang berjaya mendapat 10A dalam semua mata pelajaran iaitu Danish Sharein Kaslan. Apa yang membanggakan Danish Shazrein juga memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Pembimbing Rakan Sebaya. Manakala Pengerusi PRS iaitu Muhammad Hafzan Muhamad Jowsey berjaya mendapat 7A3B. Semoga pencapaian cemerlang ini akan mendorong pelajar-pelajar lain untuk lebih cemerlang dalam peperiksaan yang diduduki.

Lawatan Dari SMK Kota Bharu Kelantan.






Tarikh : 11 Mac 2016 (Jumaat)
Masa: 7:40 pagi
Lawatan benchmarking dari SMK Kota Bharu, Kelantan. Antara yang turut hadir untuk menyambut kedatangan tetamu ialah Ybhg Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor, YDP PIBG Maktab Sabah.  Selain itu barisan pentadbir sekolah turut sama yang diketuai oleh Yang Berusaha Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang Maktab Sabah. Rombongan SMK Kota Bharu, seramai 30 orang diketuai oleh Pengetuanya iaitu Ybhg Datin Tuan Maznah. Semoga jalinan antara Maktab Sabah dan SMK Kota Bharu akan membuahkan kesepakatan yang mencemerlangkan kedua-dua sekolah tersebut.