Saturday, April 16, 2016

Sejarah 15 April 2016



















Tarikh 15 April 2016, merupakan hari bersejarah, apabila menerima kejutan dari anak-anak murid Pembimbing Rakan Sebaya dan juga dari Pentadbir Sekolah. Saya rasa teruja, dan semoga peningkatan usia ini akan lebih mematangkan lagi dalam semua tindak tanduk. Senaskah alquran diterima dari Ybhg Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang Maktab Sabah sebagai hadiah sempena ulang tahun. Saya terus terfikir satu rancangan tahfiz muda yang mengambil tema 'Al-Quran Ku...Sahabat Ku'. Semoga hadiah ini akan terus menyinari hidupku yang hampir ke penghujung dan juga menjadi sumber kepada anak-anak ku dan anak-anak didiku. Terima kasih anak-anak ku dan sahabat ku juga ahli keluarga ku.

Sunday, April 10, 2016

Pelancaran Program BUDI - PIBK.























Maktab Sabah dan PIBG Maktab Sabah Kota Kinabalu telah diberi kepercayaan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah sebagai pusat Pelancaran Program BUDI -Pelibatan Ibu Bapa Komuniti (PIBK) Peringkat Negeri Sabah. Majlis ini diadakan pada 24 Mac 2016 yang disempurnakan perasmiannya oleh Ybhg Datuk Jame Alip, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah pada waktu itu. Turut hadir ialah Yang Berusaha Puan Hajah Maimunah Haji Suhaibol, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah. Beberapa buah sekolah turut terlibat dalam menyertai pameran PIBK antaranya ialah PIBG Maktab Sabah, PIBG SMK. Tebobon, PIBG SMA Tun Ahmad Shah, PIBG SK Kebagu dan PIBG SK Gentisan. Majlis ini yang bermula pada jam 1 petang telah berakhir pada jam 5 petang. Sebaik sahaja majlis selesai di dalam dewan, Datuk Jame Alip melawat pameran tersebut yang turut mengadakan pameran ialah Coopmart Maktab Sabah dan Asrama 1 Malaysia Maktab Sabah. Ucapan setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Hj. Abdul Sani Paijo yang memilih dan mencadangkan Maktab Sabah Kota Kinabalu sebagai pengelola program.

Majlis Anugerah Cemerlang 2016















 Penerima Anugerah Pengetua (Cemerlang Akademik) Saudari Danish Shazrein Kaslan. Tahniah
 Bersama penerima-penerima anugerah terbaik SPM 2015 dan Penerima Anugerah PERDANA (Tokoh Pelajar) Saudara Muhammad Hafzan Mohd Jowsey. Tahniah

Maktab Sabah Kota Kinabalu telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang pada 31 Mac 2016. Majlis ini dirasmikan oleh En. Azmi Datuk Matusin yang mewakili Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu. Antara kenamaan lain yang hadir ialah Ybhg Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor, YDP PIBG dan En. Szeto, Naib Presiden OSCA. Beberapa anugerah turut disampaikan antaranya ialah Anugerah NILAM, Peperiksaan Dalaman bagi pelajar Ting 1,2, 4 & Prau1. Selain itu anugerah kecemerlangan akademik bagi pelajar PT3 dan SPM 2015 turut disampaikan. Antara anugerah-anugerah khas yang lain ialah Anugerah Pendidik (Khidmat Cemerlang), Anugerah MPS (Olahragawan Harapan dan Olahragawati Harapan serta Olahragawan & Olahragawati) Anugerah OSCA (Kecemerlangan kokurikulum) Anugerah PIBG (Khidmat Cemerlang - Muhamad Hanis Ahmad Rizal sebagai penerima), Anugerah Pengetua (Cemerlang Akademik- Danish Shazrein Kaslan merupakan penerima anugerah ) dan Anugerah PERDANA (Tokoh Pelajar - Muhammad Hafzan Mohd Jowsey diberi kepercayaan untuk menerima anugerah tersebut berdasarkan krietrai pencapaian akademik, penglibatan dalam kerja kokurikulum dan sahsiah. Syabas dan tahniah.