Hari : Isnin Hingga Rabu.
Program Pengantarabangsaan Sabah, Sarawak dan Brunei.
Seramai 25 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring terlibat dalam program pengantarabangsaan yang melibatkan badan-badan kepimpinan di Maktab Sabah iaitu Pengawas Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas Asrama 1Malaysia, Pengawas ICT, Pengawas SPBT dan BAKTI. Program selama 3 hari 2 malam ini padat dengan pengisian yang dirancang antaranya ialah;
1. Lawatan ke Muzium Teknologi Melayu, Brunei
2. Lawatan ke Muzium Maritim, Brunei
3. Lawatan ke Muzium Adat Kebesaran Negara Brunei
4. Benchmarking di Sekolah Pg. Isteri Hajah Mariam, Brunei
5. Jerodong Park dan
6. Menghadiri majlis arwah dan doa selamat di sebuah rumah penduduk tempatan.
Keesokan harinya, rombongan ini telah melawat ke SMK.Lawas, Sarawak. Rombongan disambut dengan paluan kompang, diberikan taklimat dan akhirnya dibawa bergerak ke Dewan Lancitra bagi menyaksikan persembahan tarian sambut tamu dan persembahan taekwondo. Rombongan berhenti rehat di Masjid Lawas bagi menunaikan solat dan bergerak ke Kota Kinabalu lebih kurang jam 5.00 petang.
No comments:
Post a Comment