Tuesday, July 31, 2018

Amalan Budaya Penyayang

Tarikh : 31 Julai 2018 (Selasa)
Masa: 1.20 petang
Tempat: Bilik Bimbingan Kaunseling, Maktab Sabah.
Pelajar-pelajar Pembimbing Rakan Sebaya Maktab Sabah menyampaikan hadiah kepada guru yang menyambut hari lahir pada tarikh tersebut. Mereka ialah Dyg Syahrain Binti Bakar dan Nur Faizah Binti Sufian, mewakili Badan PRS Sekolah menyampaikan hadiah kepada Cikgu Arusinah Hj Alillula dan disaksikan oleh guru-guru penasihat PRS.
Syabas PRS semoga khidmat bakti menyenangkan guru mendapat keberkatan Illahi. Amiin.







Dialog Prestasi KEROYOK

Tarikh : 31 julai 2018 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi
Tempat: Bilik Turnbull, Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Unit Kurikulum telah merangka satu program iaitu Dialog Prestasi KEROYOK secara berfokus kepada calon SPM 2018. Dalam program ini pelajar Tingkatan 5 Bahagia antara pelajar yang diberi keutamaan berbincang dari hati ke hati bersama pentadbir sekolah dan guru-guru mata pelajaran bagi mengatasi permasalahan yang mengganggu fokus dan kosentrasi mereka dalam pelajaran. Semoga pendekatan ini akan memberikan hasil yang bermanfaat antara murid, guru dan pentadbir bagi memastikan Maktab Sabah terus unggul dan cemerlang.

















SEMARAK MERDEKA

Tarikh : 31 Julai 2018 (Selasa) 
Masa: 7.00 pagi
Tempat: Dewan Perdana,Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Program SEMARAK MERDEKA dilancarkan oleh Ybhg Datin Hajah Nuinda Binti Haji Alias, Pengetua Cemerlang JUSA C, Maktab Sabah. Program ini merupakan inisiatif Panitia Sejarah dan Panitia PSK bagi menanamkan semangat patriotisme di kalangan pelajar. Semoga program ini pelajar dapat menghayati tentang erti kemerdekaan tanah air.