Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Thursday, February 25, 2021

 Memastikan Masa Diisikan Dengan Aktiviti-Aktiviti Yang Berfaedah.



Kewajipan pertama ke atas setiap pelajar ialah memastikan masa yang ada bukan sahaja diisikan dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran tetapi juga aktiviti-aktiviti yang menjamin kesejahteraan rohani dan jasmani. Aktiviti-aktiviti pembelajaran sudah pasti mendekatkan lagi pelajar ke arah pelajar cemerlang. Manakala aktiviti-aktiviti  yang melibatkan rohani dan jasmani pula akan melahirkan pelajar yang mempunyai tubuh badan yang sihat dan memupuk serta mengukuhkan benteng rohaniah pelajar.

Selain daripada aktiviti-aktiviti pembelajaran,persediaan diri dari aspek-aspek fizikal, mental, emosi adalah amat penting dalam menentukan kejayaan pelajar. Dengan mempunyai kesihatan fizikal, mental dan emosi yang baik pelajar akan dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada aktiviti pembelajaran. Sebagai pelajar, kita sangat dituntut agar menjaga masa yang dikurniakan oleh Allah Ta'ala kepada kita. Khalifah Umar Abdul Aziz,pernah berkata 'Sesungguhnya malam dan siang sedang melakukan terhadap kamu, maka hendaklah kamu bertindak terhadap keduanya'. 'Masa adalah ibarat pedang, sekiranya kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu'.

Di samping itu kita juga digalakkan agar penggunaan masa kita untuk aktiviti pembelajaran hari ini adalah lebih baik daripada semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini. Ini  adalah kerana kejayaan hari esok adalah bermula hari ini.

Pepatah Arab ada menyatakan yang bermaksud 'Barangsiapa keadaan kehidupannya hari ini , seperti semalam, ia adalah tertipu, dan barangsiapa keadaannya hari ini lebih buruk dari semalam, ia adalah terlaknat'.

Jadi pelajar cemerlang perlu mengawasi kehidupan seharian supaya digunakan dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran dan untuk mendapat ilmu yang bermanfaat supaya umur kita dan peluang yang ada digunakan sepenuhnya untuk menjadi pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan juga akhlaknya.

Pelajar yang membuang masa tanpa melakukan aktiviti-aktiviti pembelajaran atau tanpa menambahkan ilmu pengetahuan, keimanan dan amal soleh adalah termasuk orhiallah' Anhu ang kufur nikmat. Ibnu Mas'ud Radhiallah' Anhu pernah berkata 'perkara yang paling aku menyesal sekali dalam sehari ialah apabila terbenamnya matahari, umurku berkurang, akan tetapi amalanku tidak bertambah'.


0 comments:

Post a Comment

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414