Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Sunday, February 7, 2021

Bagi memastikan kejayaan setiap matlamat yang telah ditetapkan, pelajar perlu melakukan beberapa tindakan seperti berikut;

1. TULISKAN MATLAMAT SECARA JELAS DAN BERDASARKAN APA YANG BENAR-BENAR INGIN DICAPAI.

Ini akan menjadikan pelajar betul-betul bekerja kuat dan menumpukan sepenuh masa untuk mencapainya. Tuliskan matlamat yang hendak dicapai dan lekatkan di meja studi pelajar. Jangan biarkan matlamat kita dipengaruhi oleh orang lain. Kita harus menentukan kehidupan kita sendiri. Walau bagaimanapun kita tidak harus mengenepikan nasihat atau buah fikiran ibu bapa, guru-guru mahupun kawan-kawan kita. Yang penting keputusan akhir diambil berdasarkan kemahuan dan keinginan pelajar.

2. MATLAMAT PERLULAH REALISTIK IAITU HARUSLAH MENCABAR TETAPI BOLEH DICAPAI.

Pelajar perlu memastikan sasaran yang ditetapkan adalah mampu dicapai oleh pelajar berdasarkan kemampuan dan kebolehan yang ada. Matlamat itu mestilah mencabar kerana kita akan berusaha dan mencuba bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya. Matlamat yang terlalu rendah atau mudah dicapai tidak akan menghasilkan cabaran kepada kita apa lagi kepuasan diri.

3. MATLAMAT PERLULAH DITENTUKAN SECARA TEPAT DAN SPESIFIK.

Matlamat yang tepat dan spesifik akan membawa pelajar ke arah yang ingin dituju. Katakan matlamat pelajar adalah untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Jadi matlamat yang tepat sepatutnya berbunyi 'Saya ingin memperolehi Gred A dalam semua mata pelajaran di dalam peperiksaan SPM / STPM nanti'. Matlamat yang terlalu umum seperti saya ingin jadi pelajar cemerlang adalah tidak memadai kerana pelajar perlu tentukan gred atau aggregat yang ingin dicapai.

4. SENARAIKAN MATLAMAT MENGIKUT KEUTAMAAN DAN PERLU MEMPUNYAI JANGKA MASA PENCAPAIANNYA.

Matlamat yang lebih penting perlulah dicapai terlebih dahulu bagi memudahkan perancangan pelajar. Matlamat tersebut perlulah ada jangkamasa untuk dicapai kerana matlamat tanpa ditetapkan masa pencapaiannya tidak ubah seperti angan-angan Mat Jenin.

Dalam menetapkan  matlamat ini pelajar harus sedar apakah tujuan kita hidup. Apakah tujuan kita menuntut ilmu. Apakah tanggungjawab kita sebagai seorang insan, ahli masyarakat dan seterusnya rakyat Malaysia. Kalau kita dilahirkan sebagai anak seorang petani, adakah kita juga akhirnya akan ke bendang dan meneruskan tradisi tersebut? Kalau kita sebagai anak nelayan adakah kita juga akan mengharungi lautan luas menyabung nyawa demi untuk mencari sesuap nasi?.

Pernahkah pelajar berfikir sejenak apakah peranan dirinya dalam membaiki taraf keluarga, membantu ahli-ahli masyarakat lain yang masih belum sedar dan hidup penuh dengan kesengsaraan? Tidakkah terlintas di fikiran kita untuk menjadi seorang yang berjaya dalam kehidupan duniawi dan ukhrawi seterusnya membantu anak bangsa yang memerlukan bantuan atau sekurang-kurangnya membantu taraf kehidupan keluarga yang serba kekurangan? Tidakkah mengalir air mata kita bila melihat ibu bapa membanting tulang mencari sedikit rezeki, menghantar kita ke sekolah dan mengharapkan kita mendapat kejayaan cemerlang dan seterusnya membaiki kehidupan mereka tapi sebaliknya awal-awal lagi kita telah terkandas  dan cepat berputus asa.

Marilah kita merenung kata-kata bernilai Syid Qutb 'Apabila manusia tidak mengerti dan menyedari akan hakikatnya, kedudukannya dalam alam, tujuan adanya dibumi, pastilah kehidupannya akan berakhir pada hujung yang menyedihkan sehingga manusia berada dalam lingkungan azab derita'.

Sesungguhnya kunci kejayaan diri dan kehidupan adalah bermula apabila wujudnya tujuan hidup atau matlamat. Hanya dengan mempunyai matlamat yang spesifik dan realistik, barulah dapat memotivasi dan mendorong seseorang itu merasai akan pentingnya mencapai matlamat.

Pelajar perlu sedar kejayaan tidak boleh dicapai dalam jangkamasa yang singkat. Kita perlu berkorban demi untuk mencapai matlamat. Pelajar perlu berkorban masa, tenaga dan apa saja terutama kepentingan dan kesenangan diri. Pelajar perlu yakin kepada diri sendiri. Ungkapan 'aku boleh' perlu disematkan dalam fikiran. Kalau orang lain boleh berjaya dalam hidup kenapa tidak aku?

Tuhan jadikan manusia sama sahaja, yang penting kita perlu berusaha bersungguh-sungguh. Segala rintangan dan cabaran yang mendatang perlu diatasi. Perancangan matlamat hendaklah ditulis secara hitam putih. Tuliskan matlamat tersebut di atas kertas dan tampalkan di tempat yang selalu dilihat, contohnya di tempat studi atau di bilik tidur.

Setelah pelajar jelas dengan matlamat yang telah ditetapkan maka mereka perlulah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Segala aktiviti yang dilakukan mestilah berpandukan kepada matlamat tadi. sesungguhnya perancangan yang telah ditetapkan akan dapat dirasai kejayaannya apabila ianya dilaksanakan dengan sistematik dan sempurna.

Pelajar yang mempunyai matlamat akan mempunyai ciri-ciri berikut;

a. Pelajar yang bermatlamat ingin berjaya dalam pelajaran sehingga ke peringkat yang tertinggi.

b. Pelajar yang bermatlamat suka membaca terutamanya pada waktu lapang.

c. Pelajar yang bermatlamat selalu menumpukan perhatian sepenuhnya semasa guru mengajar.

d. Pelajar yang bermatlamat akan menyiapkan tugasan atau kerja rumah yang diberikan bersungguh-sungguh.

e. Pelajar yang bermatlamat suka berbincang dengan kawan-kawan tentang hal pelajaran.

f. Pelajar yang bermatlamat mempunyai cita-cita untuk melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat universiti.

g. Pelajar yang bermatlamat suka bertanya kepada kawan-kawan, tutor atau guru apabila menghadapi masalah dalam pelajarannya.

h. Pelajar yang bermatlamat akan menerima segala teguran yang diberikan oleh guru demi untuk meningkatkan ilmu pengetahuannya.

i. Pelajar yang bermatlamat akan bercita-cita untuk membantu keluarganya bila dia telah berjaya.

j. Pelajar yang bermatlamat akan membantu anak bangsanya bila dia telah berjaya.

0 comments:

Post a Comment

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414