Selain itu, pelajar juga sempat belajar untuk menghasilkan corak batik yang dipimpin oleh 2 orang pegawai dari Balai Seni Lukis Sabah. Usaha ini diilhamkan oleh Ketua Panitia Seni Visual iaitu Cikgu Musta Nasip. Pada masa yang sama pameran tentang hasil kerja pelajar-pelajar MPV dibawah bimbingan Cikgu Salina Mohd Salleh juga mendapat perhatian dari pengunjung-pengunjung yang menghadiri majlis tersebut.
Kemuncak majlis ialah penyampaian sijil penghargaan kepada institusi yang terlibat yang disempurnakan oleh Puan Samsiah Almalek, PKP. Harapan Unit Kaunseling, semoga program ini memberikan manfaat kepada pelajar untuk terus mencemerlangkan diri dalam bidang akademik, kokurikulum dan juga pembangunan sahsiah.

No comments:
Post a Comment