Tuesday, August 2, 2011

Perkongsian Pintar





Tarikh : 27 hingga 29 Julai 2011
Seramai 4 orang pelajar dari SMK. Inanam, Kota Kinabalu iaitu Valentine Jaulip, Priester Scrivener Pius, Ivy Paul Anap, Esterella Alvonie telah mengikuti pembelajaran di Maktab Sabah, Kota Kinabalu. Pelajar tersebut ditempatkan di kelas 5 Makmur dan 5 Aman dan dibantu oleh buddy masing-masing dari kalangan PRS sekolah iaitu Nabihah Nissanto, Abd. Khareez Kasbullah, Mas Adillah Mahamod Ahamad dan Pg. Fadhlis Syazwi Pg. Noordin serta Timbalan Ketua Pelajar Lelaki Sdr Sheikh Mohd Asrawi.
Perkongisan ini diharapkan mampu memberi suntikan kepada pelajar untuk meningkatkan prestasi masing-masing dalam pembangunan sahsiah dan akademik. Usaha sama yang dilaksanakan antara Unit Kaunseling SMK. Inanam, Kota Kinabalu dan Maktab Sabah, Kota Kinabalu mengharapkan agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dalam meningkatkan prestasi pelajar untuk mengetahui stail budaya belajar pelajar-pelajar di sekolah bandar.
Akhir sekali, tahniah juga kepada pihak pengurusan asrama yang diketuai oleh Cikgu Hasrul Jideh, atas kerjasama menempatkan pelajar-pelajar diasrama selama 3 hari 2 malam.

No comments: