Tuesday, August 2, 2011

Minggu Akademik 2011
















Unit Kaunseling bersama Panitia Mata Pelajaran Matematik Tambahan, Kimia dan Sejarah telah melaksanakan program Jawab Soalan untuk calon SPM 2011. Usaha ini dibuat untuk membantu pelajar-pelajar mengetahui strategi menjawab soalan dengan baik. Bagi mata pelajaran Matematik Tambahan dan Kimia melibatkan 3 buah kelas iaitu 5 Makmur, 5 Aman dan 5 Kerjasma, manakala bagi mata pelajaran Sejarah melibatkan semua pelajar tingkatan 5 termasuk 5 Tertib, 5 Bahagia dan 5 Sejahtera.
Semoga usaha yang dilaksanakan ini dapat membantu pelajar lebih fokus serta faham tips-tips menjawab soalan dengan baik. Terima kasih kepada Cikgu Kenneth Tham (SMK.Lok Yuk), Cikgu Abdul Fakar (SMK.Teknik, Likas) dan Cikgu Wan Ruslim Ismail (SMK. Bahang). Kepada pelajar-pelajar yang terlibat, cikgu doakan anda semua maju dan terus maju serta lulus cemerlang dalam SPM 2011.

No comments: