Perasmi : Tuan Hj. Mustapa Hj. Kula (Ahli OSCA)
Kejohanan Merentas Desa (Road Run) antara rumah-rumah sukan peringkat Maktab Sabah telah diadakan pada 11 Februari 2011 hari Sabtu, merupakan hari persekolahan gantian sempena cuti sambutan Tahun Baru Cina, 2012. Dalam kejohanan tersebut, Rumah Sukan SABAH dibawah pimpinan Cikgu Dato Zanalan Karbain dan Puan Muryani Samlun telah dinobatkan JUARA dengan kutipan mata sebanyak 851, diikuti dengan rumah sukan GAYA sebanyak 703 mata dibawah pimpinan Cikgu Paul dan Cikgu Ainul dan tempat ketiga dan tempat ke 4, jatuh kepada rumah sukan CHARTER dibawah pimpinan Cikgu Jipanis dan Cikgu Yusline akhir sekali rumah sukan COLONY dibawah pimpinan Cikgu Ramatia dan Cikgu Bakri.
Penyampaian pingat kepada peserta telah disempurnakan oleh En. Ismail Yusof, NYDP PIBG, Datin Rosiah Liman, PK HEM, Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua dan Tuan Haji Mustapa Haji Kula, perasmi program yang turut diiringi oleh Cikgu Abd.Jaid Paki, Penolong Kanan Ko Kurikulum.
Di kesempatan ini juga, ucapan syabas dan tahniah kepada semua pelajar rumah sukan SABAH yang diketuai oleh Saudara Mohd Nazri (Pra U2 Sn) yang turut menyumbang mata sebanyak 30 yang turut dinobatkan johan dalam kategori Lelaki Pra U. Demikian juga ucapan terima kasih kepada seluruh warga Maktab Sabah yang menjayakan kejohanan tersebut, sama ada secara langsung dan sebaliknya. Begitu juga dengan penglibatan bekas-bekas pelajar yang turut sama menyertai larian tersebut kerana semangat collegian yang tinggi terhadap Maktab Sabah dan juga membantu menaikan semangat pelajar-pelajar junior untuk terus menunjukkan semangat kesukanan.

No comments:
Post a Comment