Tarikh : 13 Februari 2012
Hari : Isnin
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Gerakan, Maktab Sabah
Sasaran : Pelajar-pelajar Pra U2, 2012.
Unit Kaunseling, Maktab Sabah telah bekerjasama dengan UTM untuk mengadakan seminar 'Selangkah ke UTM'. Seminar tersebut dihadiri seramai 58 orang calon STPM 2012 dan seramai 4 orang guru akademik. Antara pengisian seminar tersebut ialah, ceramah peluang pendidikan di UTM yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Dr. Mohd Zaidi Abd. Rozan, Pensyarah Kanan UTM. Dalam seminar tersebut, pelajar-pelajar telah berpeluang untuk mengetahui syarat kemasukan ke UTM mengikut jurusan masing-masing.
Seminar ini diadakan sebaik sahaja Karnival Jom Masuk 'U' yang diadakan di Suria, Kota Kinabalu melabuhkan tirai pada jam 5.00 petang , 12 Februari 2012. Jom Masuk U, di Kota Kinabalu bermula pada 11 Februari 2012, untuk memberi peluang kepada pelajar STPM dan SPM 2011 dapat mengetahui info dengan lebih baik dalam pemilihan program ke IPTA yang akan diikuti pada bulan Mei dan bulan September 2012. Disamping itu, memberi pendedahan awal kepada calon SPM dan STPM 2012 dapat merancang program yang akan diikuti apabila melanjtukan pengajian di IPTA nanti. Selain itu, Karnival Jom Masuk 'U' memberi ruang kepada ibubapa, para guru dan masyarakat amnya mengetahui tentang peluang-peluang pendidikan di institusi tersebut beserta dengan syarat-syarat kemasukan ke institusi tersebut.
Semoga usaha yang dilaksanakan di Maktab Sabah, memberi manfaat kepada pelajar agar lebih berdaya saing dan berketrampilan.

1 comment:
Selamat Tahun Baru Cikgu Musli. Semoga sentiasa cemerlang. Zaidi UTM
comp.utm.my/mdzaidi
Post a Comment