Saturday, February 18, 2012

Skor A Sejarah.

Tarikh : 13 Februari 2012
Unit Bimbingan dan Kaunseling, Maktab Sabah telah mengadakan program Skor A sejarah. Program tersebut diadakan dalam dua fasa iaitu, Fasa 1 bermula jam 8.00 pagi hingga jam 9.00 pagi untuk calon PMR manakala Fasa 2, bermula jam 9.00 pagi hingga jam 10.30 pagi bagi calon SPM 2012.
Pengendalian program di dewan diselia oleh Cikgu Noraisah Aribun dan Cikgu Jipanis Suali kaunselor sekolah, bersama dengan guru-guru mata pelajaran. Usaha ini dilakukan bagi membantu pelajar memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut.
Adalah diharapkan, program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk mencemerlangkan pelajar sekolah.










No comments: