16 Mei 2014 (Jumaat)
Maktab Sabah telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru, ringkas tapi amat bermakna. Pada awal pagi, bacaan Yassin dilaksanakan dan disusuli dengan perhimpunan sekolah. Dalam majlis itu, guru-guru Maktab Sabah telah melafazkan Ikrar Hari Guru dan menyanyikan Lagu Kami Guru Malaysia selain simbol perasmian majlis iaitu pemotongan kek yang disumbangkan oleh MPP dan Kelab Staf. Ybhg Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor, YDP PIBG Maktab Sabah turut sama memeriahkan sambutan tersebut. Program sambutan ini diadakan sempena dengan Program Orientasi Pra U1. Pelajar-pelajar Pra U1, telah diberi kepercayaan untuk mengelolakan aktiviti tersebut. Pelajar Pra U1, turut mendendangkan dua buah lagu. Majlis tersebut diakhir dengan aktiviti menjamu selera yang disediakan. TERIMA KASIH CIKGU.
No comments:
Post a Comment