Wednesday, May 21, 2014

Program Orientasi Pra U1, 2014



















Tarikh : 8 Mei hingga 26 Mei 2014
Kelolaan : Unit Bimbingan Kaunseling Bersama MPP.
Program orientasi ini memberi peluang kepada pelajar untuk memperolehi maklumat baru sebelum meneruskan pembelajaran di dalam bilik kuliah.Beberapa pengisian antaranya ialah aktiviti ice breaking yang dilaksanakan oleh Cikgu Jipanis Suali. Dalam program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan baik dikalangan semua siswa dan siswi. Selain itu, pendedahan mata pelajaran juga diberikan untuk membantu pelajar memilih pakej mata pelajaran yang perlu diikuti dan didaftarkan dalam peperiksaan STPM. Semua guru akademik telah diberi peluang untuk berkempen bagi menarik minat pelajar untuk mengikuti pelajaran tersebut sesuai dengan minat dan pemilihan kerjaya masa hadapan. Dalam program ini penulisan resume dan kemahiran temuduga juga disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu En. Suif bin Sainan, dari Managment Science University (MSU). Program ini juga memberi peluang kepada siswa dan siswi baru mengelolakan Sambutan Perayaan Hari Guru yang jatuh pada tarikh 16 Mei 2014. Sambutan tersebut disempurnakan oleh Puan Hajah Nuinda Hj. Alias, Pengetua Cemerlang yang turut dihadiri oleh Ybhg Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor, YDP PIBG Maktab Sabah. Penyempurnaan majlis diserikan dengan pemotongan kek yang disediakan oleh MPP dan Kelab Staf.
Dalam program ini juga siswa dan siswi akan menyertai program merentas Kampung Kopungit, Kota Kinabalu dan berakhir di Pantai Tanjung Aru. Semoga program ini memberi pendedahan kepada siswa dan siswi untuk mempelajari sesuatu yang baru yang boleh dijadikan panduan apabila berada di IPTA nanti.

No comments: