Wednesday, May 21, 2014

Program BICARA AKADEMIK 2014.





































Program Bicara Akademik dilaksanakan untuk membolehkan permuafakatan antara ibubapa dan guru dalam usaha mencari pendekatan dan strategi yang betul dalam meningkatkan prestasi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Tambahan pula peperiksaan SPM memberikan penekanan wajib pelajar perlu lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah. Justeru, pihak sekolah telah mencari ikhtiar permuafakatan diadakan lebih awal berkenaan dengan prestasi pelajar dalam Ujian Setara 1 dapat ditingkatkan semasa peperiksaan pertengahan tahun dan lebih cemerlang dalam peperiksaan SPM nanti.
Pihak sekolah merakamkan penghargaan terima kasih kepada ibu bapa yang menjayakan program tersebut. Semoga perbincangan dua hala antara ibu bapa dan guru akan merangsang pelajar untuk terus fokus dan lebih cemerlang dalam pelajaran.

No comments: