Tuesday, February 10, 2015

Program Orientasi Tingkatan 1 2015









Tarikh : 8 hingga 10 Januari 2015
Hari : khamis hingga Sabtu
Tempat : Dewan Perdana, Maktab Sabah.

Program orientasi Tingkatan 1, dilaksanakan selama 3 hari. Pada hari kemuncak iaitu 12 Januari 2015, taklimat khas keibubapaan telah dijalankan dan Ybhg Puan Hajah Nuinda Haji Alias, telah memberi taklimat kepada ibu bapa pelajar tingkatan 1 berkenaan dengan pengurusan dan pentadbiran Maktab Sabah. Antara pengisian program ini ialah ceramah dari beberapa unit iaitu Unit Bimbingan Kaunseling, Unit Disiplin, SPBT, NILAM, Asrama selain peraduan kuiz. Ujian Diagnostik turut diberikan bagi 4 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
Program ini turut dihadiri oleh Ybhg Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor, YDP PIBG.

No comments: