Pengenalan.
Ibubapa merupakan ‘role
model’ dalam kecemerlangan anak-anak yang dibawah pengawasan mereka selain dari
ajaran dan sokongan para guru di sekolah.
Melihat kepada senario ini, PIBG Maktab Sabah berhasrat mengadakan Seminar
Keibubapaan agar kecemerlangan institusi dalam melahirkan modal insan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang dapat direalisasikan dan berterusan melalui
permuafakatan semua pihak dalam memartabatkan kecemerlangan pendidikan di
sekolah ini.
Rasional.
PIBG Maktab Sabah percaya, usaha murni ini, bukan sahaja
mampu membantu kecemerlangan ibubapa dalam mendidik anak malahan turut
memotivasikan ibubapa agar terus memainkan peranan dan tanggungjawab dalam
mencari pendekatan atau kaedah untuk kecemerlangan anak-anak mereka.
Objektif.
Beberapa objektif telah dikenal pasti, antaranya ialah
- Merapatkan hubungan antara guru dan ibu bapa dalam suasana yang harmoni.
- Memastikan guru dan ibubapa boleh bertukar-tukar pandangan dalam usaha melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
- Mewujudkan semangat setiakawan dan sumber jaringan ilmu dalam menjayakan aktiviti-aktiviti Maktab Sabah.
Tarikh
Pelaksanaan.
Seminar keibubapaan
akan diadakan seperti berikut;
Tarikh : 17 Januari 2015
Hari : Sabtu
Masa : 7.00pagi – 1.00 petang
Tempat : Dewan Perdana, Maktab Sabah
Sasaran : Semua Ibu bapa / Penjaga Pelajar
Semua Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana.
Penceramah : Dr. Khairuddin Abdullah, Pensyarah Universiti
Malaysia Saba
: En. Iskandar Ahmad,
Rotary Club, Kota Kinabal
: Dr. Hajah Ananglangka
Hj. Madkassim, Kaunselor SM.Perempuan,Likas.
Perasmi : En. Raisin Saidin
Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pendidikan Sabah.
Tema
Program.
Tema
yang dipilih adalah bertetapan dengan objektif program yang dikehendaki iaitu;
‘Ibu Bapa Prihatin, Anak Cemerlang’
No comments:
Post a Comment