Tarikh : 17 Januari 2015
Masa : 7;00 pagi hingga 1:00 petang
Hari : Sabtu
Tempat : Dewan Perdana Maktab Sabah.
Anjuran : PIBG Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Seminar Keibubapaan Maktab Sabah kelolaan PIBG Maktab Sabah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berusaha En. Raisin Saidin, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Dalam program ini dua tajuk dibentangkan iaitu 'Ibu bapa cermin kecemerlangan anak ' dan 'Peranan Ibu Bapa dalam Kemenjadian Modal Insan'. Antara penceramah yang diundang ialah Dr.Hajah Ananglangka Mad Kassim, GBK SM. Perempuan Likas, Dr.Khairuddin Abdullah, Pensyarah Universiti Malaysia Sabah dan En. Iskandar Ahmad, Rotary Club, Kota Kinabalu.
No comments:
Post a Comment