30 Januari 2016, merupakan tarikh kejohanan merentas desa antara rumah-rumah sukan. Terdapat Empat buah Rumah Sukan iaitu SABAH, Gaya, Charter dan Colony. Pelepasan peserta disempurnakan oleh Ybhg Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor, YDP PIBG, Maktab Sabah, manakala majlis perasmian penutupan disempurnakan oleh Ybhg Tuan Hj. Mustapha Hj. Kula, bekas pelajar Maktab Sabah 1963 hingga tahun 1972. Dalam kejohanan tersebut Rumah Colony berjaya mengutip sebanyak 881 mata, diikuti Rumah Gaya 691 mata, Rumah SABAH sebanyak 667 mata dan Rumah Charter sebanyak 639 mata. Nurul Syafiqa Mohd Yassin dari Rumah SABAH telah menjadi Johan dalam Kategori Perempuan C dan Syarulnizam Bin Jamdin, Johan dalam kategori Lelaki C. Manakala Rosalinda Ronnie dari Rumah Colony menjadi Johan dalam Kategori Perempuan B dan Mohammad Zulfikri Mohd Amir, dari Rumah SABAH, Johan bagi kategori Lelaki B. Bagi kategori Lelaki A dan Perempuan A, masing-masing dimenangi oleh Muhammad Hafizzal Bin Zailan, Rumah Charter dan Nurazra Munirah Binti Rizalman dari Rumah Colony.
Syabas dan tahniah diucapkan...kepada semua yang menjayakan temasya tersebut.
No comments:
Post a Comment