Ibubapa murid adalah contoh ikutan terbaik, kepada anak-anak dalam merelaisasikan hasrat Kemnetrian Pendidikan Malaysia dalam melahirkan insan yang seimbang jasmani, emosi rohani dan intelek. Kecemerlangan pendidikan anak-anak bukan diletakkan sepenuhnya ke atas bahu guru, malah kolaborasi antara ibu bapa dan sekolah iaitu guru perlu seiring dari semasa ke semasa. Justeru, melihat daripada aspek itu, Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Biro Pendidikan PIBG Maktab Sabah, berhasrat mengelolakan seminar keibubapaan untuk semua ibubapa murid berkongsi idea dan pandangan dalam mencemerlangkan pencapaian akademik murid Maktab Sabah.
Seminar Keibubapaan ini, bukan sahaja mampu membantu kecemerlangan ibu bapa dalam mendidik anak malahan turut memotivasikan ibu bapa agar terus memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mencari pendekatan atau kaedah untuk kecemerlangan anak-anak mereka.
Antara objektif program ini adalah:
i. Merapatkan hubungan antara guru dan ibu bapa dalam suasana yang harmoni.
ii. Memastikan guru dan ibu bapa boleh bertukar-tukar pandangan dalam usaha melahirkan modal insan melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
iii. Mewujudkan semangat setiakawan dan sumber jaringan ilmu dalam menjayakan aktiviti-aktiviti Maktab Sabah.
Majlis dirasmikan oleh;
YBhg. Datuk Noni J. Said
Ex-Collegian 1971 - 1972
No comments:
Post a Comment