Unit Bimbingan & Kaunseling, Maktab Sabah telah mengelolakan Program Destinasi Ku Tingkatan 3, dari 2 hingga 4 Februari 2016. Program ini turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang dan sempat menyampaikan amanah kepada calon PT3, 2016. Selain itu, taklimat menjawab mata pelajaran Sejarah dan Geografi juga turut didedahkan kepada pelajar oleh Cikgu Arusinah dan Cikgu Abd Manaf Taliyor. Unit Perkhidmatan Kaunseling, turut menyampaikan ceramah penetapan target dan pengurusan masa. Perkongsian ilmu dengan pelajar cemerlang PT3, 2015 iaitu Sdr Arfan Nafiq sedikit sebanyak menyuntik semangat pelajar PT3, 2016.
No comments:
Post a Comment