Thursday, May 29, 2014

Program Orientasi Pra U1,2014




















Tarikh : 8 hingga 26 Mei 2014
Unit Bimbingan dan Kaunseling Maktab Sabah telah diberi kepercayaan untuk mengelolakan Program Orientasi Pra U1. Dalam program ini terdapat beberapa pengisian antaranya ialah;
  • Aktiviti ice breaking
  • Ujian Psikometrik SDS
  • Latihan Dinamika Kumpulan
  • Taklimat Mata Pelajaran
  • Penulisan Resume dan Kemahiran Menghadiri Temuduga
  • Menghasilkan Kad Kreatif Hari Guru
  • Sambutan Perayaan Hari Guru
  • Outdoor Games
  • Jungle Tracking.
Penutupan program ini disempurnakan oleh Puan Morene Liew Yen Yen, PK Pra U. Penyampaian sijil dan hadiah diberikan kepada;
Penghulu Program - Sdri Michelle
Peserta Terbaik Lelaki - Sdr Iskandar Halid
Peserta Terbaik Peremuan - Sdri By Ru Er
Anugerah Si Kembang Cina (L) - Sdr Mohd Redzuan Mohd Jamil
Anugerah Si Kembang Cina (P) - Sdri Nur Fatin

Anugerah Pengurusan Aktiviti - Sdri Vyonnie
Anugerah Berkepimpinan - Sdri Nurul Afifah
Anugerah Persahabatan - Sdri Mandy Tan.
Semoga program ini memberikan manfaat kepada pelajar Pra U agar lebih berdaya saing dan berani untuk meletakkan diri mereka di barisan hadapan setanding dengan pemimpin-pemimpin mahasiswa di menara gading.

16 Mei ...Sambutan Hari Guru.








16 Mei 2014 (Jumaat)
Maktab Sabah telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Guru, ringkas tapi amat bermakna. Pada awal pagi, bacaan Yassin dilaksanakan dan disusuli dengan perhimpunan sekolah. Dalam majlis itu, guru-guru Maktab Sabah telah melafazkan Ikrar Hari Guru dan menyanyikan Lagu Kami Guru Malaysia selain simbol perasmian majlis iaitu pemotongan kek yang disumbangkan oleh MPP dan Kelab Staf.  Ybhg Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor, YDP PIBG Maktab Sabah turut sama memeriahkan sambutan tersebut. Program sambutan ini diadakan sempena dengan Program Orientasi Pra U1. Pelajar-pelajar Pra U1, telah diberi kepercayaan untuk mengelolakan aktiviti tersebut. Pelajar Pra U1, turut mendendangkan dua buah lagu. Majlis tersebut diakhir dengan aktiviti menjamu selera yang disediakan. TERIMA KASIH CIKGU.

Wednesday, May 21, 2014

Program ANTI ROKOK











Unit Bimbingan Kaunseling Maktab Sabah telah bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah mengadakan program ANTI ROKOK. Program ini bertujuan agar pelajar dapat mengelakkan diri dari terjebak dengan gejala yang tidak sihat ini serta dapat mengetahui  kesan yang bakal dihadapi. Semoga usaha ini memberikan kesan yang positif kepada pelajar tentang bahaya rokok dan mementingkan tentang penjagaan kesihatan diri.

Program Motivasi Siri 2/2014








Unit Bimbingan Kaunseling Maktab Sabah bekerjasama dengan Managment Science University (MSU) mengadakan program motivasi kepada calon SPM 2014. Dalam program ini perkongsian lebih menjurus kepada kecemerlangan belajar dan pengurusan stres. Semoga usaha yang dilaksanakan ini memberi ruang dan peluang kepada pelajar menganalisis kekuatan dan kelemahan diri yang perlu ditambah baik.

SEMINAR SUPER POWER.








Tarikh : 30 April 2014
Hari : Rabu
Masa : 8:00 pagi hingga 4:00petang
Penceramah : En. Fadzlie (UNIC)
Unit Bimbingan dan Kaunseling Maktab Sabah bersama MARA telah bekerjasama untuk menjayakan Seminar Super Power. Program ini diharapkan dapat memberi impak yang maksimum kepada pelajar Tingkatan 5 yang menghadiri program tersebut. Dalam program ini pelajar didedahkan tentang penggunaan otak kiri dan otak kanan selain tips-tips belajar berkesan. Semoga usaha ini membuahkan hasil agar pelajar dapat meningkatkan kecemerlangan mereka dalam peperiksaan SPM nanti.