Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Berikut dipaparkan Program Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, Maktab Sabah yang telah dilaksanakan hasil kolaborasi dengan rakan sekerja di Maktab Sabah Kota Kinabalu.
Bulan Januari.
1. Program Orientasi Tingkatan 1
2. Program Orientasi Tingkatan 4
3. Seminar Keibubapaan
4. Program Kepimpinan Jati Diri
5. Program Klik Dengan Bijak - SKMM
Bulan Februari.
1. Program Are You Ready - Pra U
2. Program SMART MATH - Calon SPM
3. Program Motivasi Pra U Bersama MSU
Thursday, February 26, 2015
Sunday, February 22, 2015
Jaringan Profesionalisme IKM dan Maktab Sabah.
Kaunselor IKM Kota Kinabalu En. Madsidah, telah berkunjung ke Unit Bimbingan dan Kaunseling Maktab Sabah, bagi membincangkan tentang program bersama antara IKM dan Maktab Sabah serta aktiviti bersama dengan Majlis Guru Kaunseling Daerah Kota Kinabalu. Semoga hubungan ini akan memberi impak yang maksima dalam pemberian ilmu kepada pelajar yang merupakan pelapis kepada kepimpinan negara.
Lawatan PIBK JPN di Maktab Sabah, Kota Kinabalu
Lawatan PIBK JPN ke Maktab Sabah diketuai oleh En. Razali Matali, Ketua Unit Perhubungan dan Pendaftaran Swasta, Jabatan Pendidikan Sabah. Dalam rombongan ini disertai oleh Pegawai Meja PIBK bagi semua daerah di Negeri Sabah. Selain itu, Pegawai Polis Perhubungan Sekolah Insp. Jamirin turut memberi sokongan dalam sesi dialog tersebut. Pada masa yang sama YDP PIBG bagi 4 buah sekolah juga turut sama dalam lawatan tersebut.
Wednesday, February 11, 2015
Hari Pertama Di Sabah College Campus, Kota Kinabalu
Tarikh : 12 Januari 2015
Hari : Isnin
Tempat : Bangunan Sabah College Campus, Kota Kinabalu.
Antara pengisian.
1. Perhimpunan Sekolah
2. Bacaan Yasin
3. Doa Selamat
4. Pemotongan kek.
Tahun 2015, merupakan tahun yang amat bermakna kepada pelajar-pelajar Pra Universiti kerana berpindah ke bangunan lama yang diberi nafas baru dengan nama Sabah College Campus, Kota Kinabalu.
Tuesday, February 10, 2015
Program Orientasi Tingkatan 4 2015
Tarikh : 12 hingga 14 Januari 2015
Hari : Isnin hingga Rabu
Tempat : Dewan Perdana, Maktab Sabah.
Program orientasi Tingkatan 4 yang dijalankan lebih kepada pendedahan tentang persediaan belajar ke sekolah menengah atas. Program yang dijalankan selama 3 hari ini, disempurnakan penangguhannya oleh Ybhg Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang Maktab Sabah.
Program Orientasi Tingkatan 1 2015
Tarikh : 8 hingga 10 Januari 2015
Hari : khamis hingga Sabtu
Tempat : Dewan Perdana, Maktab Sabah.
Program orientasi Tingkatan 1, dilaksanakan selama 3 hari. Pada hari kemuncak iaitu 12 Januari 2015, taklimat khas keibubapaan telah dijalankan dan Ybhg Puan Hajah Nuinda Haji Alias, telah memberi taklimat kepada ibu bapa pelajar tingkatan 1 berkenaan dengan pengurusan dan pentadbiran Maktab Sabah. Antara pengisian program ini ialah ceramah dari beberapa unit iaitu Unit Bimbingan Kaunseling, Unit Disiplin, SPBT, NILAM, Asrama selain peraduan kuiz. Ujian Diagnostik turut diberikan bagi 4 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Matematik, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.
Program ini turut dihadiri oleh Ybhg Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor, YDP PIBG.
Program Kepimpinan Jati Diri 2015
Tarikh : 22 Hingga 24 Januari 2015
Hari : Khamis hingga Sabtu
Tempat : Outward bounds School, Kinarut Sabah.
Program Kepimpinan Jati Diri Maktab Sabah disempurnakan perasmiannya oleh Ybhg Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor, YDP PIBG Maktab Sabah. Turut hadir semasa perasmian ialah Ybhg Puan Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang Maktab Sabah.
Subscribe to:
Posts (Atom)