Mesyuarat secara online yang melibatakan Ahli Tertinggi Jawatankuasa Pembimbing Rakan Sebaya,Maktab Sabah dan Motivasi Kecemerlangan Diri secara talian dilaksanakan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan iaitu mulai 18 Mac hingga 9 Jun 2020. Perintah Kawalan Pergerakan Bersuarat bermula pada 14 Mei hingga 9 Jun 2020. Dalam tempoh tersebut, Maktab Sabah juga telah mengatur sesi mesyuarat guru secara google meet. Alhamdulillah, semasa tempoh PKP, selain dari pembelajaran secara online dan offline bermcam perkara dibuat bagi memastikan anak-anak murid terus fokus pada tugas utama mereka iaitu belajar sama ada secara sendirian mengulangkaji, mahupun melalui pembelajaran online ataupun media massa di kaca televisyen.
Pandemik Covid 19, banyak meninggalkan peristiwa yang cukup berkesan dalam diri individu, keluarga, masyarakat, agama, negara., ekonomi, pelancongan, pengangkutan dan hubungan antara bangsa. Melalui pembelajaran secara online adalah salah satu kaedah bagi menangani penularan pandemik covid 19. Adalah tidak dinafikan, bahawa talian internet yang cukup baik akan membolehkan pembelajaran berlangsung dengan baik dan jika tak elok akan ada gangguan akan berlaku.
Kepada anak-anak Pembimbing Rakan Sebaya yang menyertai program motivasi kecemerlangan diri secara talian, diharap dapat mengambil sesuatu yang bermanfaat untuk kegunaan diri sendiri dan disebarkan kepada sahabat-sahabat apabila persekolahan dibuka nanti.
Semoga perkongsian ini, sedikit sebanyak memberi manfaat kepada warga sekolah Maktab Sabah, Kota Kinabalu.