Monday, July 25, 2011

Kem Waja Diri, 2011





Tarikh : 23 hingga 24 Julai 2011
Tempat : Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Sasaran : Semua Pelajar Tingkatan 2, 2011.

Bahagian Kokurikulum telah menganjurkan Kem Waja Diri. Antara tujuan utama adalah menanamkan rasa cinta yang mendalam terhadap sekolah. Usaha ini juga diharapkan mampu mewujudkan sahsiah dan disiplin yang baik dikalangan pelajar. Beberapa aktiviti telah dilaksanakan bagi menguji ketahanan fizikal dan mental peserta, serta pelajar berupaya berinteraksi dengan baik antara satu sama lain. Gambar diatas yang dipaparkan adalah sebahagian aktiviti yang dilaksanakan dibawah pimpinan Cikgu Mat Julih Talip, iaitu sebaik sahaja pelajar menamatkan aktiviti 'jungle tracking'.
Unit Kaunseling turut sama membantu dan melaksanakan aktiviti seperti ice breaking, real collegian dan refleksi yang dijayakan oleh Cikgu Jipanis Suali. Kita mengharapkan program ini memberi peluang kepada pelajar untuk muasabah diri dan berupaya berfikir dengan kreatif dan kritis.

No comments: