Monday, July 25, 2011

Strategi Menjawab Soalan - Sejarah SPM










Tarikh : 22 Julai 2011 (Jumaat)
Tempat : Dewan Perdana, Maktab Sabah
Penceramah : En. Wan Ruslim Ismail (Guru SMK. Bahang, Penampang)

Unit Bimbingan & Kaunseling dan Panitia Sejarah telah mengadakan Program Strategi Menjawab Soalan semepana Minggu Akademik. Antara tujuan program adalah membolehkan pelajar dapat mengetahui cara dan strategi menjawab soalan mata pelajaran Sejarah dan seterusnya pelajar memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Usaha sama ini, diharapkan mampu membantu pelajar dapat menguasai mata pelajaran Sejarah.
Unit Bimbingan & Kaunseling merakamkan penghargaan terima kasih kepada penceramah jemputan yang turut meluangkan masa bersama dengan pelajar-pelajar Maktab Sabah. Begitu juga kepada Cikgu Muhammad Abduhu, yang merupakan Ketua Panitia Sejarah bertungkus lumus dalam memastikan program ini berjalan dengan baik.

No comments: