Masa : 7.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : Kompleks Tabung Haji, Kota Kinabalu
Perasmi : Ym. Ir Datuk Jamigul Datu Salin
Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, JPN
Mewakili Pengarah Pelajaran Negeri Sabah.
Maktab Sabah telah menghantar seramai 4 orang Pembimbing Rakan Sebaya menyertai Kursus Kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya. Mereka ialah Ammar Firdaus Bin Ali Hussin, Tim. Presiden 1, Syahirah Binti Musli, Tim. Setiausaha, Suliza Binti Muktar, Bendahari dan Mas Adilla Binti Mahamood Ahamad, JK Tugas Khas. Kumpulan ini diringi oleh Guru Penasihat Cikgu Siti Nurkiah Binti Ramin.
Unit Kaunseling, mengharapkan penyertaan pelajar ke program seperti ini dapat dimanfaatkan agar berupaya memperkasakan perkhidmatan PRS di sekolah. Teruskan usaha membantu sesuai dengan motto PRS 'Bantu Diri dan Bantu Orang Lain'.

No comments:
Post a Comment