Tuesday, July 19, 2011

Tagaps Dance Groups, Maktab Sabah



































Tarikh : 6 Julai 2011 (Rabu)
Masa : 3.00 petang
Lokasi : Lapangan Terbang Terminal 2, Kota Kinabalu

Turut hadir menyambut rombongan Maktab Sabah yang balik dari Paris ialah Pegawai Pelajaran Daerah Kota Kinabalu Ybhg Tn.Hj. Badhamid Hj.Musli, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Puan Wanihim Othman dan pegawai-pegawai JPN dari PPD dan SPPK, Pegawai-pegawai dari Lembaga Kebudayaan Sabah dan Puan Fatimah Shara Ahmad Noor, YDP PIBG. Selain itu turut menunggu Barisan Guru-Guru Penolong Kanan, wakil-wakil pelajar PRS, Pengawas, Pelajar-pelajar Asrama Maktab Sabah.
Kejayaan yang diperolehi dalam pertandingan 'World Cup Dance' yang melibatkan sebanyak 32 buah negara amat bermakna kerana Maktab Sabah bertanding membawa nama Malaysia. Syabas dan tahniah wira-wira Maktab Sabah juga wira-wira negara. Rombongan ini juga mendapat liputan dari media massa iaitu pihak akhbar dan RTM.
Terima kasih kepada yang menyokong iaitu PIBG Sekolah, Pihak OSCA, ibu bapa pelajar Maktab Sabah yang turut sama membantu menjayakan penyertaan Maktab Sabah ke pertandingan peringkat antara bangsa.

No comments: