Monday, July 11, 2011

Permuafakatan Muhibbah PRS















Tarikh : 1 Julai 2011 (Jumaat)
Masa : 3.00 hingga 5.00 petang
Sasaran : Semua PRS, Maktab Sabah.Justify Full

SMK. Abd. Rahman, Taib, Teluk Intan Perak telah mengadakan lawatan di Maktab Sabah, Kota Kinabalu. Rombongan itu turut di sertai oleh Pengetua Sekolah, Guru-guru Penolong Kanan, Guru-Guru Kanan, Guru-guru Cemerlang dan juga pelajar-pelajar PRS dari sekolah tersebut.
Rombongan SMK. Abd.Rahman telah diberi taklimat tentang kebitaraan sekolah dan seterusnya disajikan dengan tayangan multimedia iaitu aktiviti-aktiviti PRS Maktab Sabah. Rombongan ini juga telah dibawa melawat ke sekitar kawasan sekolah antaranya ialah Bilik PRS & UBK, Bilik Pengawas, dan pejabat am. Akhir sekali rombongan mengabadikan kenangan di hadapan dewan sekolah.
Unit Bimbingan & Kaunseling, Maktab Sabah merakamkan penghargaan terima kasih kerana telah memilih PRS Maktab Sabah sebagai 'bench marking'. Semoga permuafakatan muhibbah ini dapat mencemerlangkan perkhidmatan PRS Maktab Sabah dan juga PRS SMK. Abd. Rahman, Taib Teluk Intan. Akhir sekali;

Pucuk Pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Walau pun jauh beribu batu
Hilang di mata di hati jangan

Kalau ada sumur di ladang
boleh lah kami menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Insyaallah kita berjumpa lagi.

No comments: