Wednesday, April 15, 2020

Birthday Pengetua Cemerlang JUSA C.


Tanggal 6 Januari, merupakan hari paling bersejarah buat Yg Berbahagia Datin Hajah Nuinda Haji Alias, Pengetua Cemerlang JUSA C Maktab Sabah, Kota Kinabalu ia merupakan tarikh dimana semua warga sekolah akan meraikan hari tersebut. Pada awal tahun persekolahan 2020, Ybhg Datin, sekali lagi dikejutkan kerana majlis disambut diluar dewan. Nyanyian lagu 'Happy Birthday' dinyanyikan oleh semua warga sekolah. Sebelum itu,bacaan doa selamat dipimpin oleh Ustaz Mohammad Fazli Haji Madiah, Ketua Bidang Kemanusiaan.

Hari jadi Ybhg Datin, turut dihadiri oleh Pengetua MSU En.Suif Sainan dan juga seorang lagi pegawainya Puan Hajar Ambolau. Apa yang penting dalam majlis ini ialah, mendidik murid-murid supaya saling menghargai dan menghormati antara satu sama lain.

Tiga orang ex-student 2019, turut datang, mereka ialah Nazeem Jamaluddin, Ketua Pelajar Lelaki, Muhammad Taufik Masmud,Pengerusi Pembimbing Rakan Sebaya dan Danish Rafee Mohamad, Pengerusi Pengawas Koperasi.

No comments: