Pelajar-pelajar Pembimbing Rakan Sebaya, Maktab Sabah bergambar bersama guru-guru kaunseling sebaik selesai Pelancaran Program Jom Masuk Sekolah, yang merupakan Aktiviti Amalan Budaya Penyayang, bagi memastikan semua murid mengetahui tentang kepentingan hadir sekolah.
Hari pertama persekolahan tahun 2020, Program yang setiap tahun dilaksanakan iaitu 'Program Pengetua Bersama Ibu Bapa Murid Tingkatan 1'. Program 'Bicara Pengetua ini, memastikan semua ibu bapa murid dapat mengetahui visi dan misi sekolah, serta harapan sekolah kepada murid-murid Tingkatan 1.
Kelihatan Ybhg Datin Hajah Nuinda Binti Haji Alias, Pengetua Cemerlang JUSA C dan Yang Berusaha En. Sulaiman Liman, Timbalan Yang Di Pertua PIBG, hadir dalam menjayakan program hari pertama persekolahan di Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Gambar atas dan gambar bawah, menunjukkan tentang kehadiran ibu bapa murid dalam menjayakan Program Pengetua Bersama Ibu Bapa Murid Tingkatan 1. Unit Bimbingan Kaunseling, bersama Penyelaras Tingkatan 1, mengelola majlis tersebut.
Kelihatan anak-anak Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tingkatan 4, diberi kepercayaan membantu dalam jawatankuasa jamuan.
Sesi bergambar beramai-ramai.
Gambar dibawah, Penulis sempat menghadiri Majlis Tahli di Kg.Surati, Papar. Sempat berjumpa dengan Tuan Hj. Kamis, mantan NYDP PIBG Maktab Sabah.
Program Gotong Royong Perdana. Kelihatan ibu bapa murid sedang mendaftarkan diri bagi menyatakan sokongan dan juga sebagai bonus tambahan kepada anak-anak mereka di Maktab Sabah.
Kelihatan Tentera Laut, turut membantu dan menjayakan Pprogram Gotong Royong Perdana, Maktab Sabah.
Sesi senamaerobik, dilakukan sebelum aktiviti gotong royong. Pelajar, Guru, Ibu Bapa dan Tentera Laut, DBKK turut sama membuat pemanasan badan.
Kelihatan Guru Penolong Kanan KoKurikulum Yang Berusaha En. Abd Jaid Paki, memberikan sokongan moral untuk membuat senam aerobik.
Semoga paparan aktiviti yang diperlihatkan ini memberi manfaat kepada anak-anak murid Maktab Sabah bagimemastikan slogan sekolah dapat direaliasikan 'Sabah College wonderful School'.
No comments:
Post a Comment