Tazkirah

Character is what you know you are, not what others think you have.

Keperibadian adalah apa yang anda ketahui tentang diri anda sendiri, bukannya apa yang difikirkan oleh orang lain tentang keupayaan anda.

Featured post

Orang Haus Diberi Air, Orang Lapar Diberi Nasi.

Haus itu dahaga, dahaga itu akan hilang apabila mennerima air. Lapar itu adalah satu perasaan yang memerlukan makanan. dan dalam konteks mak...

Admin Blog

Admin Blog
MUSLI ANDALAN

Blog Archive

Monday, April 13, 2020
Bismillahirrahmanirrahim.

Rasulullah s.a.w  yang merupakan Rahmatun Lil-a'lamain begitu sekali bersungguh-sungguh memberi galakan dan menerangkan fadilat-fadilat tentang setiap perkara kepada umat Islam. Kesyukuran dan penghargaan yang sebenar ialah dengan mengamalkannya bersungguh-sungguh. Namun demikian, kerana kecuaian dan tidak gemarnya kita terhadap agama yang begitu ketara dan bertambah hari demi hari sehingga untuk beramal dengannya adalah jauh, bahkan kita tidak lagi memberi tumpuan dan perhatian kepadanya sehingga pengetahuan tentangnya pun sudah sangat berkurangan dalam kalangan orang ramai.

Maksud lembaran-lembaran ini adalah supaya imam-imam masjid, hafiz-hafiz yang mengimami solat sunat tarawih dan mereka yang bijak pandai yang mempunyai sedikit sebanyak keghairahan agama, membaca dan memperdengarkannya di masjid-masjd dan perhimpunan-perhimpunan pada permulaan bulan, Maka diharapkan daripada rahmat Allah swt melalui keberkatan sabdaan kekasih-Nya kita akan lebih menghargai dan lebih memberi tumpuan kepada keberkesanan-kerberkesanan pada bulan mulia ini dan supaya ia menjadi perantaraan untuk menambahkan amalan baik kita dan mengurangkan amalan buruk kita.

Rasulullah s,a,w bersabda 'seandainya dengan sebab kamu, Allah swt memberi hidayat kepada seseorang maka ia adalah lebih baik daripada unta-unta merah (yang dianggap sebagai satu harta yang paling bernilai').

Bulan Ramadan yang diberkati sebenarnya adalah satu anugerah yang sangat besar daripada Allah swt untuk orang-orang Islam. Namun, ia hanya akan menjadi anugerah kepada kita jika kita benar-benar menghargainya. Kalau tidak, kitalah yang rugi. Kita tidak akan memperoleh apa-apa kecuali melaungkan 'Ramadan!Ramadan! sahaja sepanjang bulan tersebut.

Dalam satu hadis terdapat kenyataan 'sekiranya manusia mengetahui apakah itu Ramadan, maka umatku akan berkeinginan bahawa sepanjang tahun merupakan Ramadan'. Setiap orang faham bahawa untuk berpuasa sepanjang tahun adalah suatu perkara yang sangat susah tetapi apabila dibandingkan dengan bulan Ramadan, Rasulullah s.a.w mengatakan bahawa orang akan bercita-cita agar sepanjang tahun merupakan Ramadan.

Dalam satu hadis dinyatakan bahawa berpuasa pada bulan Ramadan dan berpuasa tiga hari setiap bulan akan menghilangkan kekotoran dan was-was di dalam hati. Pastinya ada sesuatu kelebihan sehingga para sahabat tetap menjaga  puasa Ramadan dalam perjalanan jihad walaupun berkali-kali diberi izin oleh Rasulullah s.a.w. untuk berbuka puasa, sehingga Baginda s.a.w terpaksa mengeluarkan perintah melarang mereka daripada berpuasa.

Dalam kitab Muslim terdapat satu hadis yang menyatakan bahawa para sahabat telah berhenti di suatu tempat dalam satu perjalanan ghazwah. Keadaan cuaca terlalu panas dan kedaifan begitu sekali sehingga setiap orang tidak mempunyai kain yang cukup untuk melindungi diri mereka daripada sinaran matahari hanya dengan tangan-tangan mereka sahaja. Dalam keadaan sedemikian pun ramai yang antara mereka yang masih berpuasa sehingga tidak mampu lagi untuk berdiri lalu menyebabkan mereka rebah jauh, Terdapat juga sekumpulan para sahabat yang berpuasa hampir sepanjang tahun.

Begitu banyak hadis yang menerangkan berbagai-bagai kelebihan tentang Ramadan telah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. Sesungguhnya di luar kemampuan orang yang serba kekurangan seperti saya ini untuk mengumpulkannya kesemua sekali. 

KELEBIHAN-KELEBIHAN BULAN RAMADAN.

Sayyidian Salman ra. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada kami pada hari terakhir bulan Sya'ban, 'Wahai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi diberkati. Satu bulan yang pada bulan itu terdapat satu malam (Lailatul-Qaadar) yang lebih baik daripada seribu bulan. Satu bulan yang Allah swt telah menjadikan puasa pada siang hari sebagai satu amalan fardu dan berdiri pada malam hari (bertarawih) sebagai satu amalan sunat. Sesiapa yang cuba menghampiri Allah swt pada bulan itu, dengan mana-mana amalan sunat maka seumpama seseorang yang telah menunaikan satu fardu pada bulan-bulan yang lain dan sesiapa yang menunaikan satu fardu pada bulan itu adalah seumpama seseorang yang menunaikan 70 fardu pada bulan-bulan lain,

Bulan itu adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah syurga. Bulan itu adalah bulan simpati, bulan yang ditambahkan rezeki kepada orang-orang yang beriman. Sesiapa yang memberi sesuatu kepada seseorang yang berpuasa untuk berbuka, maka pemberiannya itu merupakan pengampunan untuk dosa-dosanya dan kelepasan dirinya daripada neraka dan dia mendapat ganjaran puasa orang tersebut tanpa mengurangkan sedikit pun daripada ganjarannya. Para sahabat ra. lalu berkata 'Bukanlah setiap orang daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa'. Maka Rasulullah s.a.w bersabda 'Allah swt. memberikan pahala itu kepada sesiapa sahaja yang memberikan walaupun sebiji tamar atau seteguk air atau pun sesisip susu kepada orang yang berpuasa untuk berbuka'.

Bulan itu adalah satu bulan yang bahagian awalnya merupakan rahmat, pertengahannya merupakan keampunan dan akhirnya merupakan kelepasan daripada neraka. Sesiapa yang meringankan beban hamba-hambanya (pekerja-pekerjanya) pada bulan itu maka dia akan diampunkan oleh Allah swt dan akan dilepaskan daripada azab api neraka.

Perbanyakkanlah pada bulan itu empat perkara. Dua perkara yang dengannya kamu dapat meredakan Tuhan kamu dan dua perkara lagi yang tidak boleh tidak kamu perlukan.  Ada dua perkara yang kamu dapat meredakan Tuhan kamu dengannya adalah penyaksian bahawa tiada tuhan selain Allah swt (yakni ucapan La Ila Ha Hillallah) dan kamu memohon istighfar daripada_Nya. Manakala dua perkara yang tidak boleh tidak kamu perlukan ialah memohon syurga daripada Allah swt dan meminta perlindungan daripada api neraka. Sesiapa yang memberi minum kepada mana-mana orang yang berpuasa maka Allah swt akan memberinya minum dari telagaku (pada hari kiamat), dengan sekali minum, dia tidak akan dahaga lagi sehingga dia masuk ke dalam syurga. " (Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah, Baihaqi, Ibnu Hibbn dan lain-lain).

Sumber;
Fadilat Amal.

Syaikh ul-Hadis Hadrat Maulana.
Muhammad Zakariyya Kandhalawi.

semoga bermanfaat,
#PKP18Machingga28April2020.

13 April 2020 Isnin. 10.00 pagi.

0 comments:

Post a Comment

Renungan KITA SEMUA

Wahai Anakku! Carilah ilmu kerana apabila kamu menjadi fakir maka itulah hartamu dan bila kamu kaya, ilmu itu menjadi perhiasan dirimu. Lukmanul Hakim

Keluarga Ku.

Keluarga Ku.
MUSLIAH H.M.A

Renungan

Tidak ada yang lebih buruk dan lebih merbahaya dalam hidup ini selain daripada rasa takut untuk melakukan sesuatu yang positif.

Wahai Diri

A good leader is not that person who does things right, but the person who finds the right things to do.

Seorang pemimpin yang baik bukannya seseorang yang melakukan sesuatu kerja dengan betul, tetapi seseorang yang mencari kerja yang betul untuk dilakukan.

Selamat Datang

Blog Unit Bimbingan & Kaunseling
Maktab Sabah, Kota Kinabalu.
Tel:088-225201 Fax:088-216414