Sayyidina Abdullah bin Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasululllah s.a.w bersabda 'Islam dibina atas lima (rukun); bersaksi bahawasanya tiada tuhan selain Allah swt. dan Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan haji dan berpuasa di bulan Ramadan' (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Kelima-lima perkara diatas merupakan asas Islam yang unggul dan rukun yang penting, Dalam hadis ini, Nabi s.a.w mengibaratkan Islam sebagai sebuah khemah yang ditegakkan oleh lima batang tiang. Tiang tengah adalah kalimah syahadah, sementara keempat-empat tiang di empat penjuru khemah itu merupakan empat lagi rukun Islam yang lain. Tanpa tiang tengah, khemah tersebut tidak boleh ditegakkan sama sekali. Jika khemah itu ada tiang tengah dan salah satu daripada empat tiang tadi tidak ada, maka khemah itu mesti dapat ditegakkan tetapi penjuru yang tidak ada tiang itu akan cacat dan condong.
Setelah mengetahui sabdaan Nabi s.a.w yang tersebut, kini marilah kita sama-sama menyemak diri kita sendiri sejauh manakah teguhnya khemah yang telah kita dirikan itu dan rukun Islam yang manakah telah dapat kita jaga dengan sempurna? Sebenarnya kelima-lima rukun Islam tersebut amat penting sehingga dijadikan sebagai asas Islam. Sebagai seorang Islam, kita sangat perlu mengambil berat terhadap kesemua rukun Islam itu tetapi amalan yang terpenting sesudah iman ialah solat.
Sayyidan Abdullah bin Mas'ud berkata bahawa beliau bertanya kepada Rasulullah s.a.w.'Apakah amalan yang paling disukai Allah swt?, Baginda s.a.w menjawab "solat". Saya bertanya lagi, "selepas solat apa pula?''. Jawab Baginda s.a.w, berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa.". Saya bertanya lagi, 'selepas itu apa pula?'. Rasulullah s.a.w. bersanda 'Jihad". Mulla Ali Qari ra. berkata bahawa hadis ini menjadi dalil bagi pendapat ulama yang menegaskan bahawa solat adalah amalan yang paling afdal selepas iman. Pendapat ulama tersebut dikuatkan lagi dengan sebuah hadis sahih yang berbunyi 'sebaik-baiak amalan yang diperintahkan oleh Allah swt kepada hamba_nya adalah solat.
Sumber Rujukan: Fadilat Amal
Syaikh ul_hadis Hadrat Maulana
Muhammad Zakariyya Kandhalawi.
15 April 2020
Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 3
(18 Mac Hingga hingga 28 April 2020)
No comments:
Post a Comment