Semasa kejohanan merentas desa, antara rumah-rumah sukan. Pengedaran nombor peserta mengikut kategori dan juga penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan di dalam dewan. Selepas itu, rumah sukan SABAH, meraikan kemenangan tersebut dengan bergambar di Collegian Square.
Di dalam Dewan Perdana, Maktab Sabah bersama dengan sahabat-sahabat dalam Rumah Sukan SABAH. Alhamdulillah, Rumah Sukan SABAH, dinobatkan Johan dalam pertandingan tersebut, mengalahkan Rumah Sukan Charter, Gaya dan Colony. Terima kasih sahabat ku Cikgu Saafri Sakin dan Ust.Mohd Radzi Bin Amaran.
Semasa kejohanan Sukantara Antara Rumah Sukan, bertempat di Padang Sekolah, sempat bersama dengan sahabat-sahabat Rumah Sukan SABAH iaitu Cikgu Saafri Sakin dan Ust. Muhammad Fazli Haji Madiah,Ketua Bidang Kemanusiaan. Dalam kejohanan ini, Rumah Sukan SABAH berjaya menjadi Naib Johan, dan Johan ialah Rumah Sukan Gaya, ke 3 Rumah sukan Charter dan keempat Rumah Sukan Colony.
Bersama dengan Pengarah Kejohanan Cikhu Mahaletchumy a/p Sinathamby, yang sentiasa riang dan mesra dengan semua warga sekolah. Cikgu Hambali Saad, rumah sukan Charter, juga turut sama menyokong.
Pada tanggal 28 Feb 2020, Kejohanan Sukantara antara rumah-rumah sukan yang bertanding iaitu SABAH, CHARTER, GAYA dan COLONY masing-masing bersaing untuk merebut tempat pertama. Tahun 2020, saya diberi peluang untuk mengetuai rumah sukan SABAH dengan harapan bagi mengekekalkan Johan Keseluruhan dalam ketiga-tiga acara tersebut. Sokongan semua guru rumah sukan dan atlet rumah sukan SABAH untuk bersaing dan meletakkan SABAH sebagai juara merupakan matlamat utama. Majulah Sukan Untuk Negara.
No comments:
Post a Comment