Arkitek memainkan peranan penting dalam mereka bentuk dan membina bangunan yang sesuai di sampingmemenuhi kehendak manusia. Malah arikitek juga bertanggungjawab menyelaras dan mengawal perjalanan dan pelaksanaan projek pembinaan.
Ciri-ciri peribadi yang berseuaian.
Beberapa ciri peribadi dikenalpasti bagi memastikan sama ada para pelajar yang berminat adalah sesuai atau tidak untuk menjadikan bidang ini sebagai kerjaya pada masa hadapan. Ciri-ciri tersebut ialah;
- menguasai matematik, fizik, dan lukisan dengan baik
- perlu memiliki daya imaginasi dan kreativiti yang tinggi
- sanggup bekerja tanpa mengira masa untuk menyiapkan sesuatu projek.
- peka dengan perubahan cita rasa dalam pembinaan
- sentiasa mencari ilham untuk membuat sesuatu perubahan
- ada kemahiran teknikal yang asas.
Prosepek Kerjaya.
Kerjaya ini memberi peluang yang cerah kerana sentiasa diperlukan sama ada di sektor awam atau swasta. Siswazah-siswazah dalam bidang ini akan memenuhi peluang kerjaya di frma-firma arkitek, berkhidmat dengan kontraktor, pemaju, pembekal bahan-bahan binaan dan syarikat-syarikat pembangunan.
No comments:
Post a Comment