Friday, July 3, 2020

Lawatan & Pemantauan SOP Persekolahan Tempoh PKPP.

Tarikh 2 Julai 2020 bersamaan hari Khamis, wakil KPM iaitu Puan Marziaton Binti Daud, KPP BPSH KPM bersama wakil JPN Sabah En.Dzulkifli Ali Basha, KPP SPS JPN Sabah dan wakil dari PPDKK Puan Norhafizah dan Puan Sharifah telah sampai ke sekolah dalam jam 6.30 pagi bagi memantau SOP persekolahan dalam tempoh perintah kawalan pergerakan pemulihan. Pemantauan bermula di pintu masuk bagi melihat pergerakan pelajar yang diimbas suhu badan sebelum masuk ke kelas. Seterusnya pemantauan ke kelas bagi melihat penjarakan sosial murid di dalam kelas. Rombongan juga di bawa melawat ke blok Tingkatan 6. Jam 8.20 pagi, rombongan meneruskan lawatan mereka ke daerah Penampang dan daerah Papar.












No comments: