Syabas dan tahniah atas kejayaan anak-anak murid yang merupakan bekas PRS sekolah berjaya meneruskan pengajian selepas Tingkatan 5. Cikgu mendoakan semoga anak-anak berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang dan dipermudahkan semua urusan. Tiada yang lebih bermakna, apabila kejayaan itu dikongsikan bersama. Dengan kejayaan ini diharap mampu mengembirakan kedua ibu bapa dan berpeluang suatu hari nanti untuk turut berkongsi dengan adik-adik junior di Maktab Sabah. Ini persitiwa semalam 14 Julai 2020, kedua-dua anak gadis manis ini memaklumkan tentang keputusan mereka meneruskan pengajian berdasarkan program yang ditawarkan.
No comments:
Post a Comment