Pengarah Pendidikan Sabah, Ybhg Dr Mistirine Radin, telah membuat lawatan dan memantau ke Bangunan SCC iaitu Pusat Tingkatan 6. Antara tujuan lawatan mengejut ini adalah untuk melihat prasarana SCC dalam menerima kemasukan pelajar-pelajar Tingkatan 6 Bawah pada 15 Julai 2020. Lawatan ini yang mengambil masa dalam 30 mnit turut disertai oleh beberapa orang pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu yang diketuai sendiri oleh Ybhs Puan Tah Nia Binti Jaman, Pegawai Pendidikan Daerah, dan turut kelihatan Pengetua SMK Sanzac, Ybhg Dr Shirley. Dalam lawatan ini Ybhg Dr Mistirine sempat meninjau kelas-kelas Tingkatan 6 serta Dewan Turnbull.
No comments:
Post a Comment