Sunday, July 19, 2020

Program By Your Side Putrira.

Pada 17 Julai 2020 Jumaat, Asrama Malaysia Sabah (AMAL SABAH) telah menganjurkan Program By Your Side Putrira AMAL SABAH SPM/STPM 2020. Program ini adalah khusus kepada murid-murid Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 yang tinggal di asrama. Ia adalah program motivasi dimana terdapat beberapa orang guru diminta untuk menaikkan semangat pelajar-pelajar tersebut. Program ini disempurnakan penutupannya oleh Ybhg Datin Hajah Nuinda Binti Haji Alias, Pengetua Cemerlang JUSA C, Maktab Sabah Kota Kinabalu. Dalam majlis itu turut dihadir oleh Ybhg Datuk Fatimah Shara Ahmad Noor, YDP PIBG dan Exco PIBG En. Roslan Abdul Rahman. Dalam majlis itu juga, turut menampilkan bakat-bakat pelajar AMAL dengan menyampaikan beberapa buah lagu sebagai penyeri majlis. Adalah diharapkan majlis sedemikian dapat memberi pelajar celik akal dan merebut setiap ruang yang ada sebagai peluang untuk memperbaiki prestasi diri.































































No comments: